PENERANGAN TENTANG KONSTRUK
Kebolehan kognitif di peringkat Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Sintesis dan Penilaian (Bloom 1956) adalah meliputi objektif untuk mengingat semula atau mengenal pasti elemen spesifik yang terdapat dalam kandungan sukatan mata pelajaran. Kepelbagaian pengetahuan itu dikelompokkan mengikut kumpulan tertentu dan dilabelkan sebagai konstruk.
Bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu ada sembilan konstruk yang telah dikenal pasti dan digunakan untuk menguji dan mentaksir pencapaian pelajar dalam kertas ini.
Berikut penerangan ringkas tentang bagaimana sesuatu soalan itu dibina dan dilabelkan mengikut konstruk.
P01: Pengetahuan tentang Terminologi
Pengetahuan tentang nama, istilah atau memberi definisi sesuatu perkara
P02: Pengetahuan tentang Fakta
Pengetahuan tentang maklumat am atau khusus sesuatu perkara seperti fungsi, keadaan atau tujuan sesuatu komponen
P03: Pengetahuan tentang Konvensyen
Pengetahuan tentang sesuatu yang diterima atau diiktiraf sebagai satu kelaziman seperti simbol atau tanda lazim
P04: Pengetahuan tentang UrutanPengetahuan tentang sesuatu proses, aktiviti tindakan yang berlaku secara tersusun mengikut aturan atau prosedur yang telah dikenal pasti
P05: Pengetahuan tentang Pengelasan
Pengetahuan tentang pembahagian, pengkategorian atau mengelompokkan sesuatu perkara untuk dilabelkan di bawah satu kumpulan
P06: pengetahuan tentang Kriteria
Pengetahuan tentan gsesuatu perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri, sifat atau komponen yang perlu ada pada sesuatu perkara
P07: Pengetahuan tentang Metodologi
Pengetahuan tentang cara, kaedah atau teknik yang standard dalam melaksanakan sesuatu tugasan, arahan atau kerja
P08: Pengetahuan tentang Prinsip atau Ganeralisasi
Pengetahuan tentang idea atau pegangan tertentu yang menyimpulkan pemerhatian terhadap sesuatu kajian, kejadian atau ketetapan
P09: Pengetahuan tentang Teori dan Struktur
Pengetahuan tentang prinsip yang menjadikan dasar pembentukkan sesuatu fenomena yang dapat dibukti dengan kukuh hasil daripada kajian, penyelidikkan pemerhatian
Kod Konstruk Penerangan Aspek
COO Kefahaman(comprehension) Kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baru dan tidak memerlukan atauk memerhati tentang implikasi terhadap pengetahuan tersebut
AOI Aplikasi (application) Kebolehan menggunakan prinsip (kebenaran) dan generalisasi (penyataan umum) pada suatu masalah dan situasi baru
NOO Analisis (analysis) Kebolehan memisah suatu set komunikasi kepada beberapa bahagian sehingga suatu bentuk pertalian antara bahagian yang membina set komunikasi itu dapat di lihat dengan jelas
TOO Sintesis (synthesis) Kebolehan menggabungkan bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi yang tidak jelas sepenuhnya
VOO Penilaian (evaluation) Kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah, kriteria atau standard untuk menentukan sesuatu yang dihasratkan (kesesuaian, keberkesanan, prosedur, kecekapan dan lain-lain)
No comments:
Post a Comment