khbpk4U khbpk4U khbpk4U

khbpk4Ukhbpk4Ukhbpk4U

Friday, September 11, 2009

Keusahawanan

Asas Keusahawanan
Keusahawanan boleh disifatkan sebagai suatu kebolehan, kemampuan serta kecenderungan untuk mencari peluang-peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan tersebut, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian yang berfaedah serta memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

i. Pengertian keusahawanan
Definisi usahawan
Usahawan ialah individu yang terlibat dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan, bertanggungjawab, mencipta sesuatu yang baru, membuat pengubahsuaian, mengatur dan mewujudkan pasaran, sanggup menghadapi risiko dan berorientasikan kejayaan.

Definisi keusahawanan
Keusahawanan ialah bidang yang diceburi oleh usahawan untuk:
memenuhi keperluan dan kehendak manusia
mengusaha dan mengembangkan perniagaan
melakukan perubahan dan pembaharuan bagi meningkatkan pengeluaran
menjayakan perniagaan untuk kepentingan diri sendiri, masyarakat dan negara
Perbezaan di antara usahawan dengan peniaga

Usahawan Peniaga
Mementingkan keuntungan di
samping memberi sumbangan,
jasa dan bakti kepada
masyarakat dan negara


Mementingkan keuntungan sahaja


Berusaha untuk maju dalam
perniagaan dengan mencipta
sesuatu yang baru atau
mengubah suai produk sedia
ada

Hanya menjalankan aktiviti jual beli


ii. Ciri utama usahawan

Usahawan yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburi mestilah mempunyai ciri-ciri utama seperti kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak mengambil peluang dan daya usaha yang berterusan.

Kreatif
Kreatif bermaksud kebolehan mencipta sesuatu yang baru, bermutu dan berguna. Dengan itu, seseorang usahawan boleh meneroka bidang-bidang baru yang belum difikir oleh orang lain.

Usahawan perlu memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan sentiasa menghasilkan pembaharuan dan kemajuan untuk mencapai kejayaan. Cita-cita ini hanya boleh dicapai sekiranya usahawan memiliki daya pemikiran yang kreatif.

Daya kreatif usahawan tidak terhad kepada sesuatu bidang tertentu. Kreativiti dapat dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk, bergantung kepada situasi dan jenis perniagaan yang dijalankan.

Daya kreatif dapat dilihat melalui kebolehan seseorang menghasilkan sesuatu yang berguna daripada bahan terbuang. Misalnya, daripada tempurung kelapa, usahawan boleh menghasilkan berbagai-bagai barang lain seperti senduk nasi, bekas bunga dan barang perhiasan rumah.


Inovatif
Usahawan juga adalah seseorang yang memiliki kebolehan mengubahsuai. Kebolehan mengubahsuai ini dinamakan inovatif. Dengan kebolehan ini, usahawan dapat membaiki lagi mutu barang atau perkhidmatan supaya menepati kehendak dan selera pelanggan. Misalnya, jam tangan yang hanya berfungsi sebagai penentu masa pada masa dahulu, kini boleh digunakan sebagai kompas dan kalkulator.

Sanggup menghadapi risiko
Dalam perniagaan, risiko bermaksud kemungkinan mengalami kerugian. Kerugian boleh berpunca daripada :
· barang niaga tidak laku
· harga barang turun
· barang jualan rosak
· penipuan

Semakin besar perniagaan, semakin tinggi risiko yang dihadapi oleh usahawan. Oleh itu, usahawan perlu yakin, berani, bersemangat, sabar dan sanggup menghadapi risiko yang munasabah.

Usahawan yang bijak akan memastikan risiko yang diambil sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya. Setiap aktiviti perlu dikaji dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko.

Bijak mengambil peluang
Usahawan seharusnya memandang jauh ke hadapan. Dia tidak seharusnya berpuas hati dengan satu atau dua kejayaan sahaja, sebaliknya peka terhadap peluang perniagaan yang lain. Seseorang usahawan yang bijak akan berusaha dan cekap mencari peluang yang ada.

Daya usaha yang berterusan
Usahawan berbeza daripada peniaga. Mereka tidak berusaha sekadar mencari rezeki. Mereka tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Setiap usaha sentiasa diteliti dan dikaji agar dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

Bagi seseorang usahawan, kegagalan dianggap sebagai suatu pengalaman. Mereka akan sentiasa berusaha untuk capai kejayaan.

Faedah menjadi usahawan berbanding makan gaji

Usahawan //Kerja Lain (makan gaji)

Semakin kuat daya usaha, semakin besar
pulangannya
Menerima gaji tetap setiap bulan
Bebas melakukan tugas
Mesti mengikuti masa kerja yang telah

ditetapkan.

Tugas yang dilakukan tidak perlu

mengikuti arahan ketua.
Tugas perlu mengikuti arahan ketua.

Bebas buat keputusan sendiri
Tidak bebas membuat keputusan sendiri.


Aktiviti 1: Sumbangsaran faedah menjadi usahawan berbanding dengan
kerja lain.

Aktivit 2: Temubual dengan usahawan yang berkaitan dengan kerjaya yang
ingin diceburi oleh murid.

Bidang kegiatan usahawan
Bidang Kegiatan Usahwan
Pengeluaran
Contoh:
- Ekstraktif
- Pembinaan
- perkilangan
Perkhidmatan
Contoh:
- Pelancongan
- Pereka fesyen
- pengaturcaraan

Pemasaran/Agihan
Contoh:
- Pemborong
- Jualan terus


Bidang perniagaan yang diceburi oleh usahawan di negara ini merangkumi bidang pengeluaran, perkhidmatan, dan pemasaran atau agihan.

Bidang pengeluaran
Usahawan yang menjalankan perniagaan dalam bidang pengeluaran terlibat di dalam kegiatan pemprosesan atau menghasilkan barang-barang. Bidang ini meliputi kegiatan pertanian, ekstraktif, perkilangan dan pembinaan.

Dalam bidang pertanian, usahawan terlibat dalam usaha bercucuk tanam, menternak atau kedua-duanya. Di antara aktiviti perniagaan yang boleh dijalankan ialah projek perladangan seperti kebun orkid dan ladang buah-buahan serta bidang penternakan seperti projek menternak rusa dan binatang lain yang mempunyai nilai pasaran.

Dalam bidang eksraktif, usahawan menjalankan kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada sumber alam. Bidang perniagaan yang boleh diceburi termasuklah perlombongan, perhutanan dan menangkap ikan laut dalam.

Dalam bidang perkilangan, usahawan menjalankan kegiatan memproses bahan mentah menjadi barang siap. Contohnya, kilang memproses bahan makanan (sos cili, kicap, biskut, dan roti), kilang membuat pakaian (baju, seluar, topi dan kasut) dan kilang barang-barang industri (kilang paip, simen, bahan kimia dan tayar).


Bidang perkhidmatan
Dalam bidang perkhidmatan, usahawan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan yang berteraskan perkhidmatan. Contoh perniagaan perkhidmatan ialah tukang kayu, pakar runding, ejen pelancongan, khidmat katering makanan, perhotelan, khidmat kawalan keselamatan, kurier, khidmat kawalan serangga dan lain-lain.
Bidang pemasaran atau agihan
Pemasaran atau agihan ialah aktiviti mengagihkan barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar kepada pengguna. Contoh perniagaan dalam bidang ini ialah perniagaan runcit, pemborong, pengedar dan perniagaan jualan terus.

No comments:

Latihan PK T3 Sabah