khbpk4U khbpk4U khbpk4U

khbpk4Ukhbpk4Ukhbpk4U

Friday, September 11, 2009

Keusahawanan

Asas Keusahawanan
Keusahawanan boleh disifatkan sebagai suatu kebolehan, kemampuan serta kecenderungan untuk mencari peluang-peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan tersebut, membuat pembaharuan atau pengubahsuaian yang berfaedah serta memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

i. Pengertian keusahawanan
Definisi usahawan
Usahawan ialah individu yang terlibat dalam sesuatu perniagaan atau perusahaan, bertanggungjawab, mencipta sesuatu yang baru, membuat pengubahsuaian, mengatur dan mewujudkan pasaran, sanggup menghadapi risiko dan berorientasikan kejayaan.

Definisi keusahawanan
Keusahawanan ialah bidang yang diceburi oleh usahawan untuk:
memenuhi keperluan dan kehendak manusia
mengusaha dan mengembangkan perniagaan
melakukan perubahan dan pembaharuan bagi meningkatkan pengeluaran
menjayakan perniagaan untuk kepentingan diri sendiri, masyarakat dan negara
Perbezaan di antara usahawan dengan peniaga

Usahawan Peniaga
Mementingkan keuntungan di
samping memberi sumbangan,
jasa dan bakti kepada
masyarakat dan negara


Mementingkan keuntungan sahaja


Berusaha untuk maju dalam
perniagaan dengan mencipta
sesuatu yang baru atau
mengubah suai produk sedia
ada

Hanya menjalankan aktiviti jual beli


ii. Ciri utama usahawan

Usahawan yang ingin berjaya dalam bidang yang diceburi mestilah mempunyai ciri-ciri utama seperti kreatif, inovatif, sanggup menghadapi risiko, bijak mengambil peluang dan daya usaha yang berterusan.

Kreatif
Kreatif bermaksud kebolehan mencipta sesuatu yang baru, bermutu dan berguna. Dengan itu, seseorang usahawan boleh meneroka bidang-bidang baru yang belum difikir oleh orang lain.

Usahawan perlu memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan sentiasa menghasilkan pembaharuan dan kemajuan untuk mencapai kejayaan. Cita-cita ini hanya boleh dicapai sekiranya usahawan memiliki daya pemikiran yang kreatif.

Daya kreatif usahawan tidak terhad kepada sesuatu bidang tertentu. Kreativiti dapat dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk, bergantung kepada situasi dan jenis perniagaan yang dijalankan.

Daya kreatif dapat dilihat melalui kebolehan seseorang menghasilkan sesuatu yang berguna daripada bahan terbuang. Misalnya, daripada tempurung kelapa, usahawan boleh menghasilkan berbagai-bagai barang lain seperti senduk nasi, bekas bunga dan barang perhiasan rumah.


Inovatif
Usahawan juga adalah seseorang yang memiliki kebolehan mengubahsuai. Kebolehan mengubahsuai ini dinamakan inovatif. Dengan kebolehan ini, usahawan dapat membaiki lagi mutu barang atau perkhidmatan supaya menepati kehendak dan selera pelanggan. Misalnya, jam tangan yang hanya berfungsi sebagai penentu masa pada masa dahulu, kini boleh digunakan sebagai kompas dan kalkulator.

Sanggup menghadapi risiko
Dalam perniagaan, risiko bermaksud kemungkinan mengalami kerugian. Kerugian boleh berpunca daripada :
· barang niaga tidak laku
· harga barang turun
· barang jualan rosak
· penipuan

Semakin besar perniagaan, semakin tinggi risiko yang dihadapi oleh usahawan. Oleh itu, usahawan perlu yakin, berani, bersemangat, sabar dan sanggup menghadapi risiko yang munasabah.

Usahawan yang bijak akan memastikan risiko yang diambil sesuai dengan kemampuan dan kebolehannya. Setiap aktiviti perlu dikaji dan dirancang dengan teliti terlebih dahulu untuk mengurangkan risiko.

Bijak mengambil peluang
Usahawan seharusnya memandang jauh ke hadapan. Dia tidak seharusnya berpuas hati dengan satu atau dua kejayaan sahaja, sebaliknya peka terhadap peluang perniagaan yang lain. Seseorang usahawan yang bijak akan berusaha dan cekap mencari peluang yang ada.

Daya usaha yang berterusan
Usahawan berbeza daripada peniaga. Mereka tidak berusaha sekadar mencari rezeki. Mereka tidak mudah berputus asa dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Setiap usaha sentiasa diteliti dan dikaji agar dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

Bagi seseorang usahawan, kegagalan dianggap sebagai suatu pengalaman. Mereka akan sentiasa berusaha untuk capai kejayaan.

Faedah menjadi usahawan berbanding makan gaji

Usahawan //Kerja Lain (makan gaji)

Semakin kuat daya usaha, semakin besar
pulangannya
Menerima gaji tetap setiap bulan
Bebas melakukan tugas
Mesti mengikuti masa kerja yang telah

ditetapkan.

Tugas yang dilakukan tidak perlu

mengikuti arahan ketua.
Tugas perlu mengikuti arahan ketua.

Bebas buat keputusan sendiri
Tidak bebas membuat keputusan sendiri.


Aktiviti 1: Sumbangsaran faedah menjadi usahawan berbanding dengan
kerja lain.

Aktivit 2: Temubual dengan usahawan yang berkaitan dengan kerjaya yang
ingin diceburi oleh murid.

Bidang kegiatan usahawan
Bidang Kegiatan Usahwan
Pengeluaran
Contoh:
- Ekstraktif
- Pembinaan
- perkilangan
Perkhidmatan
Contoh:
- Pelancongan
- Pereka fesyen
- pengaturcaraan

Pemasaran/Agihan
Contoh:
- Pemborong
- Jualan terus


Bidang perniagaan yang diceburi oleh usahawan di negara ini merangkumi bidang pengeluaran, perkhidmatan, dan pemasaran atau agihan.

Bidang pengeluaran
Usahawan yang menjalankan perniagaan dalam bidang pengeluaran terlibat di dalam kegiatan pemprosesan atau menghasilkan barang-barang. Bidang ini meliputi kegiatan pertanian, ekstraktif, perkilangan dan pembinaan.

Dalam bidang pertanian, usahawan terlibat dalam usaha bercucuk tanam, menternak atau kedua-duanya. Di antara aktiviti perniagaan yang boleh dijalankan ialah projek perladangan seperti kebun orkid dan ladang buah-buahan serta bidang penternakan seperti projek menternak rusa dan binatang lain yang mempunyai nilai pasaran.

Dalam bidang eksraktif, usahawan menjalankan kegiatan mengeluarkan bahan mentah daripada sumber alam. Bidang perniagaan yang boleh diceburi termasuklah perlombongan, perhutanan dan menangkap ikan laut dalam.

Dalam bidang perkilangan, usahawan menjalankan kegiatan memproses bahan mentah menjadi barang siap. Contohnya, kilang memproses bahan makanan (sos cili, kicap, biskut, dan roti), kilang membuat pakaian (baju, seluar, topi dan kasut) dan kilang barang-barang industri (kilang paip, simen, bahan kimia dan tayar).


Bidang perkhidmatan
Dalam bidang perkhidmatan, usahawan melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan yang berteraskan perkhidmatan. Contoh perniagaan perkhidmatan ialah tukang kayu, pakar runding, ejen pelancongan, khidmat katering makanan, perhotelan, khidmat kawalan keselamatan, kurier, khidmat kawalan serangga dan lain-lain.
Bidang pemasaran atau agihan
Pemasaran atau agihan ialah aktiviti mengagihkan barangan yang dikeluarkan oleh pengeluar kepada pengguna. Contoh perniagaan dalam bidang ini ialah perniagaan runcit, pemborong, pengedar dan perniagaan jualan terus.

Payung dalam bag




Tuesday, September 8, 2009

Preparing For PMR

 Preparing For  PMR

  • take regular meals
  • eat more fruits
  • drink more water
  • rest well
  • don't get involve with dangerous events outside
  • get ready things needed ( eg. I.C.,2B pencil , eraser )

Sunday, September 6, 2009

Gambateh, semua calon PMR





BAB 8
Tingkatan 1

Osman ingin memulakan perniagaan kecil. Dia mempunyai modal yang cukup dan ahli keluarganya sanggup membantunya. Apakah tindakan yang Osman perlu utamakan sebelum memulakan perniagaannya?
A Mendapatkan pekerja mahir
B Membuat perancangan perniagaan
C Membeli semua barang-barang niaga
D Menyediakan buku-buku akaun

Bagaimanakah seseorang yang ingin memulakan sesuatu perniagaan boleh mendapatkan modalnya?
I Wang simpanannya
II Sumbangan daripada orang ramai
III Pinjaman daripada bank atau institusi kewangan
IV Mendapatkan bekalan barang secara kredit
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Apakah yang perlu dipertimbangkan oleh bank atau institusi kewangan sebelum pinjaman diluluskan?
I Cagaran
II Pinjaman
III Wang tunai peniaga
IV Punca kewangan lain
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV


“Restoran Sri Kota” telah didaftarkan untuk menjual makanan negeri Kedah.
Apakah borang yang digunakan untuk mendaftarkan perniagaan itu?
A Borang A C Borang C
B Borang B D Borang D

Apakah dokumen yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran setalh meluluskan pendaftaran sesuatu perniagaan kecil?
A Borang A C Borang C
B Borang B D Borang D

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri lokasi perniagaan yang akan memberi peluang kejayaan sesuatu perniagaan?
I Terdapat kemudahan asas
II Kurang persaingan
III Kadar sewa permis yang tinggi
IV Kuasa beli penduduk yang rendah
A I dan II C I dan IV
B I dan III D II dan III

Antara maklumat pelanggan berikut, yang manakah akan membantu peniaga dalam perniagaaannya?
I Umur dan jantina
II Taraf pendidikan
III Masa mengambil cuti
IV Saiz keluarga
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV



“Kedai Runcit Samad” adalah perniagaan milikan tunggal.
Apakah yang perlu dipamerkan di kedai itu supaya tidak didenda oleh pihak berkuasa?
I Lesen perniagaan
II Tanda harga
III Modal perniagaan
IV Sijil Perakuan Pendaftaran
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Mengapakah perniagaan milikan tunggal paling banyak terdapat di Malaysia berbanding dengan jenis milikan yang lain?
I Tidak memerlukan modal
II Mudah ditubuhkan
III Cukai pendaptan dikecualikan
IV Senang dikendalikan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Sijil Perakuan Pendaftaran juga dikenali sebagai
A Borang A
B Borang P.N.A. 1A
C Borang P.N.A. 42
D Borang D

Antara sumber berilut, yang manakah cara koperasi mendapatkan modalnya?
A Bank
B Kerajaan
C Ahli keluarga
D Penjualan saham

Borang P.N.A. 42 digunakan untuk memohon kelulusan
A lesen perniagaan
B nama perniagaan
C lokasi perniagaan
D rakan kongsi perniagaan


Aspek pengendalian perniagaan yang patut diberi perhatian oleh seseorang peniaga adalah seperti berikut kecuali
A pengurusan kewangan
B pengurusan masa
C pengurusan kehendak pelanggan
D pengurusan stok

Pekerja-pekerja akan dapat menjalankan kerja mereka dengan baik dan teratur jika peniaga menyediakan
A penyata kewangan
B jadaul tugas pekerja
C jadual bayaran gaji
D penyata aliran tunai

Apakah akan berlaku jika seseorang peniaga tidak pandai menguruskan stok urus niaganya?
I Modal urus niaga akan terikat
II Barang yang penting akan berkurangan
III Pelanggan akan tetap membeli daripadanya
IV Jualan akan bertambah
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

Syarikat S menjalankan perniagaannya secara berhati-hati supaya pemegang sahamnya akan mendapat dividen setiap tahun.
Berdasarkan pernyataan di atas, syarikat S bertanggungjawab terhadap
A pekerjanya
B pembekalnya
C pemiliknya
D pelanggannya

Antara tanggungjawab berikut, yang manakah bukan tanggungjawab peniaga terhadap pekerjanya?
A Menyediakan tempat kerja yang selamat
B Menguruskan perniagaan dengan cekap
C Membayar upah yang adil
D Memberi motivasi kepada pekerja



Apakah yang perlu dilakukan oleh peniaga yang bertanggungjawab terhadap pelanggannya?
A Membekalkan barang secara kredit
B Memberi perkhidmatan yang baik
C Menjual barang pada harga kos
D Memberi hadiah bagi setiap belian

Etika amalan perniagaan memberi panduan kepada peniaga-peniaga mengikut amalan perniagaan yang baik dan beretika seperti
I menjual barang yang bermutu
II menyediakan hadiah percuma
III mengadakan promosi yang jujur
IV menyukat dan menimbang denagn
tepat
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Saturday, September 5, 2009

Soalan Ulankaji bab 7 [ elektif PK]

BAB 7

Samy seorang buruh kasar dan keinginannya untuk mendapatkan sebuah kereta Viva yang baru adalah dianggap sebagai sesuatu
A aset C kehendak
B khayalan D keperluan

Osman membeli barang daripada pemborong, kemudian menjual kuantiti yang kecil kepada pelanggannya.
Apakah gelaran Osman dalam aktiviti perniagaan tersebut?
A Ejen C Peruncit
B Pembekal D Peniaga

Apakah tiga keperluan asas bagi manusia untuk terus hidup?
I Makanan III Tempat Tinggal
II Hiburan IV Pakaian
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

· Ada akaun semasa dengan bank
· Perlu dipalangkan untuk keselamatan
Apakah jenis alat pembayaran yang digunakan?
A Cek C Kad Kredit
B Kad bank D Overdraf bank

Apakah erti “ Bhd.” yang terdapat sebagai sebahagian nama syarikat “Dang Anum Sdn. Bhd.”?
A Bilangan pemegang syer dihadkan
B Jumlah modal perniagaan dihadkan
C Liabiliti semua pemegang syernya terhad
D Barangan yang boleh diniagakan terhad

· Modalnya kecil.
· Memberi layanan peribadi.
· Dimiliki oleh seorang pemilik.
Apakah jenis perniagaan yang mempunyai ciri di atas?
A Perniagaan borong
B Perniagaan koperasi
C Perniagaan jualan terus
D Perniagaan runcit

Ah Long ingin memulakan perniagaan milikan tunggal dan bolh mendapatkan modal daripada pelbagai punca berikut kecuali
A pinjaman daripada bank
B sumbangan daripada rakan kongsi
C simpanan sendiri
D pinjaman daripada rakan dan keluarga


Syarikat Ban Lee Sdn. Bhd. mengimport barangan dan memprosesnya sebelum dieksport.
Aktiviti perniagaan yang dilakukan oleh Ban Lee Sdn. Bhd. ialah
A import C entrepot
B eksport D import-eksport

Antara milikan perniagaan berikut, yang manakah perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan sebelum memulakan perniagaannya?
I Kedai Dobi Ah Cheng
II Salun Kecantikan Audrey
III Warung Mana Lagi
IV Gerai Sate Asli Wak Busu
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

· Bergerak dari suatu tempat ke tempat lain.
· Menggunakan laungan loceng atau hon untuk menarik perhatian.
Peniaga ini digelar sebagai
A peruncit C penjaja
B pemborong D penggerai

Apakah ganjaran yang akan diterima oleh Suriati yang bekerja sebagai pesolak di Salun Kecantikan Divina?
A Dividen C Faedah
B Gaji D Saham

Mempunyai banyak cawangan dengan ciri-ciri pengenalan yang sama serta dimiliki oleh syarikat yang sama.
Apakah jenis perniagaan runcit besar-besaran ini?
A Kedai serbaneka C Kedai tunggal
B Kedai sejaras D Kedai peruncit



Antara perniagaan berikut, yang manakah adalah perniagaan perkhidmatan?
I Salun Urut Tradisional Pak Ubin
II Bengkel Motor Wan Brothers
III Kedai Gunting Samy
IV Kedai Runcit Siew Mei
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Bagaimanakah murid-muird Sekolah Menengah Sri Melaka boleh mendapatkan modal untuk memulakan koperasi sekolah mereka?
A Pinjaman daripada bank
B Menjual saham kepada ahli
C Pinjaman daripada kerajaan
D Mengadakan hari jualan

Apakah tujaun utama koperasi ditubuhkan?
A Memberi pengalaman perniagaan kepada ahlinya
B Membantu semua pelanggan yang membeli daripadanya
C Memberi faedah kepada semua ahlinya
D Meninggikan taraf hidup pelanggan-pelanggannya

Antara berikut, yang manakah benar?


A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pemborong untuk membantu peruncit?
I Membungkus barangan
II Menggred barangan
III Menguji kualiti barangan
IV Menyukat barangan
A I dan II C I, II dan III
B III dan IV D I, II dan IV

Pemborong perlukan gudang dalam perniagaannya untuk
I menyimpan barang
II mengagihkan barang
III membungkus barang
IV menyorokkan barang
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV


· Liabilti tidak terhad
· Beban cukai yang rendah
· Dapat menggunakan kepakaran rakan.
Apakah jenis milikan perniagaan yang mempunyai ciri di atas?
A Milikan tunggal
B Koperasi
C Perkongsian
D Syarikat sendirian berhad

Ah Seng membeli sayur-sayuran daripada penanam sayur di kawasan Tangkak dan membekalkan sayur-sayuran tersebut kepada peruncit di Johor Bahru. Ah Seng merupakan seorang
A pemborong am
B pemborong ejen
C pemborong pertanian
D pemborong perkilangan

Kerja kursus KHB PK

Modul - modul yang perlu disiapkan oleh pelajar KHB PK sebelum menduduki PMR:

Modul 1 [ 10% ] - semasa Tingkatan 1

Modul 2 [ 10 % ]
Modul 3 [ 10% ] - semasa Tingkatan 2

Modul 4 [ 10% ] - semasa Tingkatan 3

Jumlah markah bagi Modul-modul / kerja kursus ialah 40%

* kerja kursus mesti disiapkan dan dinilaikan dalam tahun semasa.

Friday, September 4, 2009

Komponen -komponen KHB PK

FORMAT KERTAS SOALAN ( anggaran agihan soalan )

BAHAGIAN TERAS:

REKA BENTUK & TEKNOLOGI 7 soalan

REKA CIPTA 3

ELEKTRONIK 5

ELEKTRIK 3

KERJA PAIP 2

JAHITAN 2

LUKISAN TEKNIK 2

TANAMAN HIASAN 2

MASAKAN 2

TEMPAT KEDIAMAN 2

BAHAGIAN ELEKTIF: PERDAGANGAN & KEUSAHAWANAN

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN T1 T2 5 Soalan
PENUBUHAN DAN PENGENDALIAN PERNIAGAAN T1 T2 4
DOKUMEN PERNIAGAAN T1 T2 3
PENGELUARAN T1 2
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN T2 2
PENGENALAN KEPADA PEMASARAN T3 2
KONSUMERISME T3 10


jumlah soalan keseluruhan = 60 soalan

Good Luck to all Form 3 PMR students

Good Luck to all Form 3 PMR students

Pendahuluan

Hi, this is a blog for everyone, teachers and students . Hopefully this blog can serve as a platform for learning and exchanging ideas and knowledge for you.

Latihan PK T3 Sabah